Berhenti kerja kerajaan
Sebab aku berhenti kerja kerajaan dua tahun lepas 1. Anak Cerita tentang anak. Ramai tak setuju aku resign memandangkan sekarang susah nak dapat kerja kerajaan. Sejujurnya pergi ofis memang happy dan enjoy. Duit masuk banyak, duit keluar pun banyak. Sebab utama aku. Anak 4 orang yang semakin membesar. Masing-masing memerlukan perhatian dan bimbingan. Dunia hari ini semakin mencabar. Banyak yang aku perlu perhatikan. Dari segi pergaulan dan akhlak terutamanya. Aku nak perhati dengan siapa dengan berkawan baik. Dengan siapa dia bersahabat. Kerana sahabat yang baik akan membentuk dan membimbing peribadi kita menjadi lebh baik. Aku juga takut dipersoalkan di akhirat nanti andai amanah Allah ini tidak terlaksana. 2. Ekonomi - value for money menjaga sendiri Hantar taska kalau baby dah RM500 sebulan. Belum yang lagi 3 orang sekolah rendah perlukan duit taska dan van untuk transit. Duit belanja sekolah pun nak kena bagi ekstra, belum dikira duit diri sendiri nak makan sarapan dengan k...