Berhenti kerja kerajaan

Sebab aku berhenti kerja kerajaan dua tahun lepas

1. Anak

Cerita tentang anak. Ramai tak setuju aku resign memandangkan sekarang susah nak dapat kerja kerajaan. Sejujurnya pergi ofis memang happy dan enjoy. Duit masuk banyak, duit keluar pun banyak. Sebab utama aku. Anak 4 orang yang semakin membesar. Masing-masing memerlukan perhatian dan bimbingan. Dunia hari ini semakin mencabar. Banyak yang aku perlu perhatikan. Dari segi pergaulan dan akhlak terutamanya. Aku nak perhati dengan siapa dengan berkawan baik. Dengan siapa dia bersahabat. Kerana sahabat yang baik akan membentuk dan membimbing peribadi kita menjadi lebh baik. Aku juga takut dipersoalkan di akhirat nanti andai amanah Allah ini tidak terlaksana.

2. Ekonomi - value for money menjaga sendiri

Hantar taska kalau baby dah RM500 sebulan. Belum yang lagi 3 orang sekolah rendah perlukan duit taska dan van untuk transit. Duit belanja sekolah pun nak kena bagi ekstra, belum dikira duit diri sendiri nak makan sarapan dengan kawan sepejabat. Belum duit lunch lagi. Wanita bekerjaya nak bergaya walaupun beli baju murah murah pun duit juga ye tak. Duit baju baru, duit kasut baru, duit handbag baru. Duit ansuran bayaran kereta dan minyak kereta. Tak masuk lagi duit tol kalau kena bertugas di KL. Semuanya kos tersembunyi yang kalau disenaraikan memang habis ataupun defisit duit gaji sebulan untuk kos kos yang sebegini.

3. Masa kerja sendiri lebih fleksible

Masa kerja freelance lebih sesuai dengan aku yang beranak empat. Masa baby tidur aku boleh membuat kerja freelance. Masa baby bangun aku boleh membaca buku cerita sambil baring baring ketawa ketawa, ajak baby pergi taman permainan dan perpustakaan. Pergi berzumba di tepi tasik. Mak ai happy nya walaupun step zumba ke laut. Pergi shopping untuk cari stok barang jualan pun best sebab sress free, orang tak ramai. Sebab kebanyakan orang bekerja office hour.

4. Taska yang dipercayai kurang

Kenapa berhenti kerja? Kan ada banyak taska yang boleh menjaga baby. Orang lain boleh je tinggalkan anak kat taska. Dah kenapa kau tak boleh letak anak kat taska macam orang lain. Iye tak. Personally aku dah ada pengalamn tinggalkan yang tiga orang masa dia orang baby. Jangan tanya emosi aku masa tu. Bercampur baur. Risau setiap saat. Dah la ketiga tiganya dulu fully breastfeed. Biasa aku simpan stok susu secara konsisten dan bersungguh-sungguh. Sangat risau kalau susu kurang atau takde dengan sebab yang macam macam. Belum lagi kalau baby demam panas. Siapa yang nak kena amik emergency leave. Harus lah mak kan. Belum masuk kau kena outstation dalam masa kau fully breastfeed baby. Belum masuk kena balik lambat sebab ada banyak kerja kat ofis yang kerja sampai tiba tiba kat meja ko waktu dah nak maghrib. Dalam masa yang sama tanggungjawab hakiki sebagai ibu, kau kat ofis kena bagi full komitmen. |Dah namanya tugas dan dibayar gaji. Takkan nak buat lebih kurang, Mesti buat sehabis baik kerana Allah. Bukan untuk pujian dan sanjungan manusia.

5. Isu pengasuh yang mendera anak

Sejak akhir akhir ni, makin ramai nampaknya yang hantar anak pada pengasuh di rumah. Bukan sekadar latar belakang pengasuh yang perlu diambil kira. Selidik siapa suaminya, Bagaimana akhlak anak-anaknya. Bukan asal boleh je sebab anak ni ibarat kain putih. Kita yang mencoraknya.

6. Pandangan masyarakat

Iye benar. Benar sesungguhnya. Hina benar di mata masyarakat. Aku dah rasa. Dah alami. Aku boleh menulis kerana setelah dua tahun aku alami dan rasa setelah berhenti kerja. Pandangan masyarakat akan menjadi lebih prejudis, pesimis  dan memandang rendah pada surirumah. Al maklum kerjaya baru aku ini tak menjanjikan pulangan wang yang berganda dan kemewahan yang diimpikan setiap manusia. Gelaran yang masam manis ini aku sandang setelah berhenti kerja dua tahun lepas. Kerjaya baru aku ni tak glamer, tak boleh dibanggakan kawan dan lawan. Aku bukan siapa siapa di mata manusia. Namun aku percaya yang rezeki Allah sentiasa ada, Bila aku down, aku selalu pujuk hati, adakah hidup aku di dunia untuk mendapatkan redha manusia ataupun redha Allah sebenarnya?

Comments